Cipta nota

Cipta nota
< Sebelumnya / Seterusnya >

Cipta nota

Anda boleh menyimpan banyak jenis kandungan dalam nota. Berikut ialah beberapa idea untuk membolehkan anda bermula:

  • Taip, tulis atau rakam nota audio daripada sebarang mesyuarat.
  • Anotasi foto dan PDF untuk komunikasi cepat dengan pasukan yang bekerja di pejabat lapangan atau tapak bangunan lain.
  • Foto apa-apa sahaja yang boleh memberi inspirasi kepada idea baru, reka bentuk baru atau komposisi baru.
  • Tangkap foto papan tulis atau Nota Post-it ® daripada sesi perah otak.
  • Imbas kontrak, dokumen undang-undang, resit atau kad niaga.
  • Gunakan komputer, telefon mudah alih atau tablet anda untuk mencipta apa-apa jenis nota dan mendapatkannya apabila diperlukan.

Untuk mencipta nota, ikuti langkah untuk sistem pengendalian anda di bawah.

  • Mac

    Klik butang hijau + Nota Baharu di bahagian atas panel kiri.

  • Windows

    Klik butang hijau + Nota Baharu di bahagian atas panel kiri.

  • iPhone, iPad dan iPod touch

    Evernote untuk iOS baharu: Ketik butang Nota baharu berwarna hijau.

    Versi Evernote untuk iOS lama: Ketik butang (+) berwarna hijau.

  • Android

    Ketik butang tambah hijau (+) untuk mencipta nota baharu.

  • Web

    Klik butang hijau + Nota Baharu di bahagian atas panel kiri.

LANGUAGES_PRODUCT