Sertai Program Akses Awal Evernote

Sertai Program Akses Awal Evernote
< Sebelumnya / Seterusnya >

Sertai Program Akses Awal Evernote

Kami meminta bantuan anda untuk membentuk masa depan Evernote. Kami sentiasa berusaha untuk membuat peningkatan dan menambahkan keupayaan baru serta input anda membantu kami melakukannya dengan betul.

Sebagai penguji akses awal, anda berpeluang untuk menguji dan memberikan maklum balas tentang ciri dan versi baharu Evernote sebelum tersedia untuk orang awam. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa akses awal dan fungsi akses awal sedang diuji dalam persekitaran dunia nyata dan kadangkala boleh bermaksud wujud pepijat, tetapi maklum balas anda akan membantu kami membina Evernote yang lebih baik.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang Program Akses Awal, rujuk Soalan Lazim.

Sertailah Program Akses Awal

Program Akses Awal Evernote dibuka kepada semua pelanggan dengan akaun Evernote individu. Harap maklum bahawa tidak semua peserta dalam program akan mempunyai akses kepada semua apl dan ciri yang sedang diuji. Peranti yang anda gunakan, cara anda menggunakan Evernote dan kekerapan anda menggunakan Evernote akan membantu kami menentukan ujian yang anda mungkin diminta untuk menyertai.

Untuk menyertai program:

  1. Pergi ke evernote.com/earlyaccess dalam pelayar web anda.
  2. Isikan borang di halaman.
  3. Klik Sertai Sekarang.

Nota: Pelanggan Evernote Teams tidak layak untuk program ini. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah ciri Evernote Teams yang tersedia untuk ujian di luar program ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati Ujian akses awal untuk akaun Evernote Teams.

LANGUAGES_PRODUCT