Dayakan mod gelap

Dayakan mod gelap
< Sebelumnya / Seterusnya >

Dayakan mod gelap

Mod gelap dalam Evernote menjadikan pembacaan dan penulisan lebih baik untuk mata anda dengan membenarkan anda bertukar kepada tema warna dengan kontras yang lebih gelap dan lebih tinggi.

Dayakan mod gelap

Jika anda tidak melihat pilihan untuk mendayakan mod gelap seperti yang dihuraikan di bawah, anda mungkin perlu menaik taraf sistem pengendalian anda atau apl Evernote anda. Lihat Soalan Lazim di bahagian bawah artikel ini untuk keperluan sistem pengendalian dan apl.

  • Mac

    The new Evernote for Mac
    1. Klik butang Tetapan (gear) di sebelah nama anda di bahagian ataas sebelah kiri menu navigasi.
    2. Pergi ke Keutamaan > Aplikasi dan pilih tetapan mod gelap.

    Evernote untuk Mac versi lama

    Apabila anda mendayakan mod gelap pada Mac anda, Evernote secara automatik akan bertukar kepada tema warna gelap. Untuk mendayakan mod gelap pada Mac anda:

    1. Daripada menu Apple, pilih Keutamaan Sistem.
    2. Klik Umum.
    3. Di sebelah pilihan Penampilan di bahagian atas tetingkap, pilih Malam.

    Nota:

    • Bertukar ke penampilan Cerah dalam keutamaan sistem peranti anda untuk menyahdayakan mod gelap.
    • Apabila dalam mod gelap, anda boleh menggunakan editor nota berwarna cerah, jika anda mahu. Dalam Evernote, pergi ke Evernote > Keutamaan dari bar menu dan tandakan kotak untuk "Gunakan Mod Cerah untuk nota".
  • Windows

    Mod gelap hanya tersedia dalam Evernote untuk Windows baharu. Untuk mendayakan mod gelap:

    1. Klik butang Tetapan (gear) di sebelah nama anda di bahagian atas sebelah kiri menu navigasi.
    2. Pergi ke Keutamaan > Aplikasi dan pilih tetapan mod gelap.
  • iPhone, iPad dan iPod touch

    Evernote untuk iOS baharu

    1. Buka Evernote.
    2. Ketik tiga garisan di penjuru kiri sebelah bawah untuk membuka menu.
    3. Ketik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas menu dan pilih Mod gelap.
    4. Pilih tetapan mod gelap, kemudian ketik anak panah belakang untuk menyimpan tetapan.

    Versi lama Evernote untuk iOS

    Evernote akan bertukar kepada tema warna gelap secara automatik apabila anda mendayakan mod gelap pada peranti anda. Untuk melakukannya:

    1. Buka apl Tetapan.
    2. Ketik paparan & Kecerahan.
    3. Dalam bahagian Penampilan, ketik Gelap.

    Nota: Bertukar ke penampilan Cerah dalam tetapan peranti anda untuk menyahdayakan mod gelap.

  • Android

    Evernote untuk Android baharu

    1. Open Evernote.
    2. Ketik tiga garisan di penjuru kiri sebelah bawah untuk membuka menu.
    3. Ketik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas menu dan pilih Mod gelap.
    4. Pilih tetapan mod gelap, kemudian ketik anak panah belakang untuk menyimpan tetapan.

    Evernote untuk Android versi lama

    1. Open Evernote.
    2. Ketik butang menu (tiga garis mendatar) untuk membuka menu.
    3. Cari Tema Gelap dalam menu, kemudian togol suis. Ia akan berwarna hijau apabila tema gelap didayakan.

    Nota: Matikan tetapan tema gelap untuk menyahdayakan.

  • Web

    1. Buka Evernote Web.
    2. Klik butang Tetapan (gear) di sebelah nama anda di bahagian atas sebelah kiri menu navigasi.
    3. Pergi ke Keutamaan > Aplikasi dan pilih tetapan mod gelap.

Soalan Lazim

Apakah sistem pengendalian dan keperluan versi apl untuk mendayakan mod gelap dalam Evernote?

  • Mac: macOS 10.14 (Mojave) dan yang terkini, Evernote versi 7.6+
  • iOS: iOS 13 dan yang terkini, Evernote versi 8.17+
  • Android: Android 5.0 dan yang terkini, Evernote versi 8.6+

Mengapakah sebahagian apl ini tidak gelap, walaupun dalam mod gelap?

Sesetengah item—seperti imej yang telah anda tambahkan dengan latar belakang putih—mungkin mengekalkan latar belakang putih walaupun semasa menggunakan mod gelap.

LANGUAGES_PRODUCT