Selesaikan ralat penyegerakan nota dalam iOS

Selesaikan ralat penyegerakan nota dalam iOS
< Sebelumnya / Seterusnya >

Selesaikan ralat penyegerakan nota dalam iOS

Jika anda mengalami ralat penyegerakan dengan nota tertentu dalam Evernote untuk iOS, ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Cipta semula nota menggunakan langkah berikut:

  1. Salin dan tampal kandungan daripada nota yang dirujuk ke dalam nota baru
  2. Padamkan nota yang dirujuk dengan meleretnya dari kanan ke kiri, kemudian ketik butang sampah
  3. Pergi ke buku nota 'Sampah' di bahagian bawah senarai buku nofa anda dan padam nota dari sana
  4. Segerakkan Evernote

2. Jika tidak berjaya, but semula peranti anda dan cuba segerakkan sekali lagi.

3. Jika masih tidak berjaya, pasang semula Evernote.

Sebelum memasang semula Evernote untuk iOS, pastikan anda menyalin kandungan mana-mana nota yang tidak disegerakkan di luar apl Evernote. Sebarang nota (nota yang ditandai dengan sudut berwarna hijau) dan foto yang tidak disegerakkan akan dipadam apabila anda memasang semula Evernote.

Untuk menyimpan sebarang foto yang tidak disegerakkan daripada Evernote untuk iOS baharu: Buka foto dan ketik butang Muat Turun (anak panah ke bawah).

Untuk menyimpan foto yang tidak disegerakkan daripada versi lama Evernote untuk iOS: Ketik butang Kongsi (kotak dengan anak panah ke atas) dan pilih Simpan Imej.

Kemudian ikuti langkah ini:

  1. Daripada skrin utama, ketik dan tahan ikon Evernote sehingga ia mula bergoyang
  2. KetikX, kemudian Padam
  3. Mulakan semula peranti iOS anda
  4. Muat turun Evernote daripada App Store

Jika langkah-langkah ini tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, silahubungi kami.

LANGUAGES_PRODUCT

Kata kunci:

  • nsurl
  • kandungan tidak sah
  • ralat ios
  • ralat penyegerakan
  • tidak boleh menyimpan nota
  • mesej ralat
  • jenis respons nsurl tidak dijangka
  • kandungan tidak sah