Baharu dalam Evernote Web

Baharu dalam Evernote Web
< Sebelumnya / Seterusnya >

Baharu dalam Evernote Web

Tangkap layar Evernote Web baharu

Evernote Web telah direka semula supaya lebih ringkas dan kemas berbanding sebelum ini—serta untuk konsistensi yang lebih besar merentas semua aplikasi desktop kami. Kini Evernote Web boleh didapati menggunakan Chrome, Safari, Firefox dan Opera.

Baru?

  • UI dipertingkat untuk pengalaman Evernote yang lebih konsisten merentas semua platform
  • Navigasi yang cekap dengan bar sisi baru yang boleh diruntuhkan
  • Ruang dalam Evernote Business untuk memudahkan perkongsian dan organisasi dengan pasukan anda

Soalan Lazim

  • Mengapakah Evernote Web baharu hanya tersedia menggunakan Chrome, Safari, Firefox, atau Opera?

    Kami telah mengoptimumkan Evernote Web baru untuk digunakan pada pelayar ini. Kami sedang berusaha untuk menyokong pelayar tambahan pada masa hadapan.

  • Adakah Evernote Web baharu berfungsi pada pelayar web mudah alih?

    Kami tidak menyokong Evernote Web secara rasmi pada pelayar web mudah alih; walau bagaimanapun, bergantung pada tetapan pelayar anda, Evernote Web mungkin boleh diakses. Kerana ia tidak disokong secara rasmi, kami tidak dapat menyelesaikan banyak isu berkaitan pelayar mudah alih.

  • Bagaimanakah saya hendak meruntuhkan/mengembangkan bar sisi?

    Anda boleh meruntuhkan bar sisi dengan menekan ikon anak panah kiri di bahagian bawah bar sisi. Anda boleh mengembangkan bar sisi dengan menekan ikon anak panah kanan di bahagian bawah bar sisi.

  • Bolehkah saya menukar bar sisi kepada saiz tersuai?

    Ya. Tuding kursor anda ke tepi bar sisi untuk menampakkan gelangsar, kemudian klik dan seret gelangsar untuk menyesuaikan lebarnya.

  • Saya menggunakan versi Evernote Web yang lebih lama. Bagaimanakah untuk saya beralih ke Evernote Web baru?

    Dalam pelayar yang disokong, klik foto profil anda di penjuru kiri sebelah bawah tetingkap pelayar, kemudian pilih Beralih kepada Evernote Web baru daripada menu timbul.

  • Bagaimanakah saya hendak memilih berbilang nota atau buku nota, atau melakukan tindakan pukal, seperti memindahkan pelbagai nota antara buku nota?

    Tahan Ctrl pada Windows atau Cmd pada Mac, klik pada beberapa nota, kemudian gunakan bar tindakan berwarna biru di bahagian bawah skrin anda untuk memindahkan, membuang, atau mengedit teg pada beberapa nota sekali gus. Anda tidak akan dapat memilih beberapa buku nota sekali gus.

  • Saya menggunakan Evernote Web baharu. Bagaimanakah saya hendak beralih ke versi Evernote Web yang lebih lama?

    Klik nama anda di penjuru kiri sebelah atas tetingkap pelayar, pilih Maklumat akaun... daripada menu lungsur, kemudian klik Kembali ke versi sebelumnya di bahagian "Evernote Web".

    Nota: Pilihan ini hanya tersedia untuk pelanggan yang pernah mengakses versi Evernote Web sebelumnya.

LANGUAGES_PRODUCT

Kata kunci:

  • evernote web
  • web evernote baru
  • web
  • chrome
  • safari
  • firefox
  • opera
  • ruang