Adakah kandungan saya dapat diakses oleh pengguna Evernote Teams yang lain?

Adakah kandungan saya dapat diakses oleh pengguna Evernote Teams yang lain?
< Sebelumnya / Seterusnya >

Adakah kandungan saya dapat diakses oleh pengguna Evernote Teams yang lain?

Apabila anda mencipta nota dan menambahkan kandungan dalam akaun Evernote Teams anda, kandungan itu boleh diakses oleh pentadbir akaun Evernote Teams, tidak kira sama ada anda telah berkongsi dengan orang lain. Sebagai tambahan, jika anda memasukkan kandungan individu dalam buku nota ini, maklumat tersebut mungkin dapat diakses oleh orang lain dalam pasukan. Walau bagaimanapun, kandungan yang disimpan dalam buku nota individu (ini hanya berlaku untuk akaun Evernote Teams yang belum dikemas kini) atau dalam akaun individu yang berasingan, tidak dapat diakses oleh orang lain melainkan anda melakukan tindakan eksplisit untuk berkongsinya.

Alamat e-mel akaun individu anda mungkin kelihatan jika:

  • Anda berkongsi buku nota atau nota individu
  • Ada masih belum menambah alamat e-mel pasukan dalam tetapan akaun anda dan anda berkongsi atau mengedit nota dalam buku nota pasukan
  • Anda masih belum menambahkan alamat e-mel pasukan dalam tetapan akaun anda dan pentadbir akaun anda menggunakan konsol pentadbir untuk menyemak senarai pengguna dalam pasukan

Keselamatan

Pentadbir akaun Evernote Teams akan dapat melihat sama ada anda telah mendayakan pengesahan dua langkah pada akaun Evernote anda serta tarikh terakhir kata laluan anda ditetapkan semula. Mereka tidak boleh mencapai untuk melihat kata laluan mahupun butiran tentang kaedah pengesahan tambahan anda. Kami telah membolehkan pentadbir akaun mengakses maklumat ini supaya mereka dapat menyemak semula keselamatan data pasukan yang terdapat pada peranti pengguna.

LANGUAGES_PRODUCT