Bagaimanakah penyegerakan berfungsi dalam Evernote?
Gambaran Keseluruhan
Perkhidmatan Evernote disusun supaya setiap pengendalian penyegerakan melalui Evernote Web. Sebagai contoh, jika anda memulakan penyegerakan daripada desktop Evernote, sebarang berita atau kandungan yang dikemas kini akan dimuat naik terlebih dahulu ke Evernote Web dan hanya dari situ ia boleh dimuat turun ke peranti anda yang lain apabila penyegerakan berikutnya dimulakan. Setiap nota yang disegerakkan dalam akaun anda disimpan dalam Evernote Web. Dalam Evernote untuk Mac dan Windows, semua nota anda turut disimpan dalam pangkalan data setempat pada cakera keras komputer anda.
Perubahan bercanggah
Kadangkala, dua salinan nota yang sama akan didapati bercanggah. Situasi ini mungkin berlaku apabila nota yang diberikan diedit di dua lokasi berbeza sebelum penyegerakan berlaku. Sekiranya ini berlaku, nota duplikasi akan dicipta. Ini merupakan langkah keselamatan yang membantu mencegah kehilangan data dan membenarkan anda menyemak dan mengedit data bercanggah secara manual.
Apakah punca perkara ini berlaku?
Sekiranya anda mengedit nota yang sama pada dua peranti yang berbeza (A & B) dan penyegerakan penuh tidak dimulakan (penyegerakan dari peranti A ke pelayan Evernote, kemudian ke peranti B) sebelum anda mengedit nota pada peranti B, maka nota pendua mungkin dibuat.
Bagaimanakah saya hendak menyelesaikan perubahan bercanggah?
Sekiranya anda melihat nota pendua muncul dalam akaun anda, semak isi setiap versi yang tidak dapat digabungkan secara automatik dan terapkan perubahan secara manual. Setelah anda berpuas hati bahawa versi asalnya mempunyai semua perubahan, padam nota pendua. Sekiranya anda ingin menyimpan versi nota tertentu, anda boleh menyalin dan menampal versi ini dalam nota baru atau yang ada di akaun anda.
Bagaimanakah saya hendak mencegah perkara ini daripada berulang?
Cara terbaik untuk mencegah perubahan bercanggah adalah dengan memastikan bahawa semasa anda menggunakan Evernote, peranti anda telah disegerakkan sebelum membuka nota anda pada peranti berbeza. Perlu diingat bahawa penyegerakan adalah automatik dan sepatutnya dijalankan di latar belakang semasa anda melakukan perubahan; walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, seperti sambungan internet terputus, penyegerakan ini mustahil berlaku.
Sumber tambahan
Petua untuk menyelesaikan masalah penyegerakan
Kata kunci:
- segerak
- menyegerak
- cloud
- perubahan bercanggah