Pindahkan nota anda daripada Evernote ke Yinxiang Biji

Pindahkan nota anda daripada Evernote ke Yinxiang Biji
< Sebelumnya / Seterusnya >

Pindahkan nota anda daripada Evernote ke Yinxiang Biji

Memindahkan nota anda daripada Evernote ke Yinxiang Biji merupakan proses dua langkah:

  1. Daftar untuk akaun Yinxiang Biji
  2. Pindahkan nota anda daripada Evernote ke Yinxiang Biji

1. Daftar untuk akaun Yinxiang Biji

Yinxiang Biji ialah perkhidmatan berasingan daripada Evernote. Oleh itu, anda perlu mencipta akaun Yinxiang Biji berasingan di yinxiang.com. Sekiranya anda telah mempunyai akaun Yinxiang Biji, anda boleh melangkau langkah ini.

2. Pindahkan nota anda daripada Evernote ke Yinxiang Biji

Selepas akaun Yinxiang Biji anda disediakan, anda boleh mula memindahkan nota anda. Terdapat tiga kaedah pemindahan yang disyorkan.

Kaedah 1: Eksport/Import fail setempat (Disyorkan)

Cara yang paling langsung untuk memindahkan nota anda adalah mengeksportnya daripada Evernote dan mengimportnya ke dalam Yinxiang Biji. Anda hanya boleh melakukannya menggunakan aplikasi desktop Mac atau Windows, bukan menggunakan aplikasi mudah alih atau web. Untuk memindahkan nota anda, ikut langkah ini:

  1. Log masuk ke akaun Evernote anda dalam Evernote untuk Mac atau Windows.
  2. Eksport setiap buku nota secara berasingan.
  3. Log masuk melalui akaun Yinxiang Biji anda
  4. Import fail .enex daripada Langkah 2 di atas.

Kaedah 2: Alat Migrasi NoteDup

Muat turun alat migrasi nota NoteDup, log masuk ke kedua-dua akaun dan benarkannya untuk pemindahan nota. Disebabkan pelayan Evernote tidak berada di China, proses pemindahan mungkin lambat atau terganggu. Kelajuan penyegerakan akaun Yinxiang Biji anda akan bertambah baik setelah pemindahan selesai.

Nota: NoteDup hanya disokong pada sistem pengendalian Windows dan macOS Mojave. Sekiranya anda menggunakan sistem pengendalian yang tidak disokong, kami mengesyorkan agar anda menggunakan Kaedah 1 di atas.

Kaedah 3: Pemindahan nota tunggal

Kaedah ini boleh digunakan jika jumlah nota yang perlu dipindahkan adalah sedikit dan jika akaun Yinxiang Biji anda ialah akaun Premium. Hanya hantarkan setiap nota dalam akaun Evernote anda ke alamat e-mel peribadi Yinxiang Biji (@m.yinxiang.com) anda yang unik untuk menjana nota baharu dalam Yinxiang Biji secara automatik.

Soalan Lazim

Apakah perubahan yang boleh saya harapkan semasa berpindah ke Yinxiang Biji?

Evernote dan Yinxiang Biji ialah dua perkhidmatan yang berasingan dan berbeza, jadi anda akan mengalami perubahan berikut:

  • Anda tidak akan dapat berkongsi nota antara akaun Evernote dan Yinxiang Biji.
  • Pautan nota dalaman dan perkongsian nota dalam Evernote tidak sah.
  • Penyatuan aplikasi pihak ketiga Evernote tidak lagi berfungsi. Untuk senarai aplikasi pihak ketiga yang disokong, lawati https://appcenter.yinxiang.com.

Adakah pemindahan nota saya dikira melebihi had muat naik bulanan saya?

Mengeksport nota anda dari Evernote tidak mempengaruhi had muat naik bulanan akaun Evernote yang anda eksport. Walau bagaimanapun, mengimport nota anda akan diambil kira dalam had muat naik akaun Yinxiang Biji anda.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya kehabisan had muat naik bulanan semasa mengimport nota saya ke Yinxiang Biji?

Sekiranya anda menggunakan keseluruhan had muat naik bulanan semasa mengimport nota dari Evernote ke akaun Yinxiang Biji, anda boleh menghubungi Sokongan Yinxiang Biji untuk peningkatan sementara sekali untuk tujuan memuat naik nota anda.

LANGUAGES_PRODUCT

Kata kunci:

  • yinxiang
  • yinxiang biji
  • yxbj
  • china
  • evernote china
  • evernote international