Nyahaktifkan akaun Evernote anda

Nyahaktifkan akaun Evernote anda
< Sebelumnya / Seterusnya >

Nyahaktifkan akaun Evernote anda

Apabila anda menyahaktifkan akaun Evernote, anda tidak lagi dapat mengaksesnya. Ini bermaksud anda tidak dapat log masuk ke akaun anda atau melihat atau mengedit nota anda. Anda sentiasa dapat mengaktifkan semula akaun anda untuk mengakses semula nota anda pada masa hadapan.

Sekiranya anda mempunyai langganan Evernote berbayar terus daripadad Evernote, langganan anda akan dibatalkan secara automatik apabila anda menyahaktifkan akaun anda. Namun, jika anda melanggan Evernote melalui iTunes atau Google Play, anda mesti membatalkan langganan anda sebelum menyahaktifkan akaun anda.

Untuk mendapatkan arahan khusus untuk akaun Evernote Teams, lihat Cara menyahaktifkan dan mengaktifkan semula akaun Evernote Teams.

Nyahaktifkan akaun Evernote anda

Untuk menyahaktifkan akaun anda, ikut langkah di bawah.

  1. Masuk ke tetapan akaun anda.
  2. Klik Status Akaun daripada menu navigasi sebelah kiri.
  3. Klik pautan biru "Nyahaktifkan akaun Evernote anda".
  4. Tandakan kotak pengakuan dan klik Nyahaktifkan akaun.

Apabila akaun anda dinyahaktifkan, anda akan dilog keluar daripada Evernote dan akaun anda tidak lagi boleh digunakan. Anda tidak akan dapat membuat akaun Evernote yang lain dengan alamat e-mel yang sama. Jika anda menyahaktifkan akaun untuk menggunakan alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun lain, anda boleh menukar alamat e-mel.

Berkaitan

LANGUAGES_PRODUCT

Kata kunci:

  • akaun dibuat secara tidak sengaja
  • tutup akaun
  • tutup akaun saya
  • nyahaktif
  • dinyahaktifkan
  • menyahaktifkan
  • padam akaun
  • padamkan akaun saya
  • pemadaman
  • alih keluar akaun
  • e-mel salah
  • alamat e-mel salah
  • alih keluar e-mel
  • alih keluar e-mel saya
  • alih keluar alamat e-mel
  • alih keluar alamat e-mel saya
  • dua akaun