Hantar log aktiviti Evernote

Hantar log aktiviti Evernote
< Sebelumnya / Seterusnya >

Hantar log aktiviti Evernote

Log aktiviti Evernote boleh membantu pasukan sokongan kami menjejak masalah yang sedang anda hadapi. Untuk menghantar log aktiviti, ikuti langkah-langkah untuk sistem pengendalian anda di bawah:

  • Mac

    Evernote untuk Mac baharu

    1. Dalam bar menu, pergi ke Bantuan > Log Aktiviti > Simpan Log Terkini.
    2. Ketik "Evernote.log" sebagai nama fail dan klik Simpan.
    3. Lampirkan fail ini ke tiket sokongan baharu atau dalam balasan e-mel tiket sokongan sedia ada.

    Evernote untuk Mac versi lama

    1. Dalam bar menu, pergi ke Bantuan > Log Aktiviti...
    2. Klik butang 'Simpan Sebagai' untuk menyimpan log sebagai fail pada komputer anda.
    3. Lampirkan fail ini ke tiket sokongan baharu atau dalam balasan e-mel tiket sokongan sedia ada.
  • Windows

    Evernote untuk Windows baharu

    1. Dalam bar menu, pergi ke Bantuan > Log Aktiviti > Simpan Log Terkini.
    2. Ketik "Evernote.log" sebagai nama fail dan klik Simpan.
    3. Lampirkan fail ini ke tiket sokongan baharu atau dalam balasan e-mel tiket sokongan sedia ada.

    Evernote untuk Windows versi lama

    1. Dalam bar menu, pergi ke Bantuan > Log Aktiviti....
    2. Klik butang 'Simpan Sebagai' untuk menyimpan log sebagai fail pada komputer anda.
    3. Lampirkan fail ini ke tiket sokongan baharu atau dalam balasan e-mel tiket sokongan sedia ada.
  • iPhone, iPad dan iPod touch

    Evernote untuk iOS baharu

    1. Ketik tiga garisan di penjuru kiri sebelah bawah untuk membuka menu.
    2. Ketik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas menu.
    3. Ketik pada Sokongan > Log aktiviti > Mail.
    4. E-mel log kepada diri sendiri, simpannya ke komputer anda, kemudian lampirkannya pada respons e-mel anda.

    Versi lama Evernote untuk iOS

    1. Buka tab Akaun.
    2. Ketik Sokongan daripada menu akaun.
      • Untuk mencipta tiket sokongan baharu: Ketik Hantar Permintaan Sokongan, isi subjek dan perihalan, pastikan 'Sertakan log aktiviti?' dihidupkan, kemudian ketik Serah.
      • Jika anda mempunyai tiket sokongan terbuka: Ketik Log Aktiviti > Mel, e-mel log tersebut kepada diri anda sendiri, simpan ke komputer anda, kemudian lampirkannya ke balasan e-mel anda.
  • Android

    Evernote untuk Android baharu

    1. Ketik tiga garisan di penjuru kiri sebelah bawah untuk membuka menu.
    2. Ketik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas menu.
    3. Ketik pada Sokongan > Log aktiviti > Mail.
    4. E-mel log kepada diri sendiri, simpannya ke komputer anda, kemudian lampirkannya pada respons e-mel anda.

    Evernote untuk Android versi lama

    1. Ketik ikon tiga titik, kemudian ketik Tetapan.
    2. Ketik Sokongan > Hantar Log Aktiviti kemudian pilih program e-mel.
      • Untuk membuat tiket sokongan baru: E-mel log kepada diri sendiri, simpan ke komputer anda, kemudian pasangkannya apabila anda membuat tiket di sini.
      • Sekiranya anda mempunyai tiket sokongan terbuka: E-mel log kepada diri sendiri, simpannya ke komputer anda, kemudian lampirkannya pada respons e-mel anda.

Nota: Log aktiviti mengandungi butiran terperinci langkah yang dijalankan oleh Evernote dan berguna untuk mendiagnosis masalah yang mungkin anda hadapi. Log aktiviti juga mengandungi maklumat tentang akaun anda, peranti anda dan maklumat lokasi anda (jika didayakan). Tajuk nota, tag, buku nota, fail yang dilampirkan dan jika akaun anda mengalami ralat penyegerakan rangkaian, beberapa kandungan nota anda, juga mungkin akan disertakan dalam log aktiviti. Anda boleh mengedit fail log untuk mengalih keluar butiran yang tidak mahu dihantar kepada kami. Kami menganggap data log sebagai maklumat sulit dan tertakluk pada syarat Dasar Privasi kami.

LANGUAGES_PRODUCT

Kata kunci:

  • log aktiviti
  • log evernote
  • log