Batalkan akses kepada akaun Evernote anda

Batalkan akses kepada akaun Evernote anda
< Sebelumnya / Seterusnya >

Batalkan akses kepada akaun Evernote anda

Untuk tujuan keselamatan atau privasi, mungkin berlaku situasi anda perlu membatalkan akses kepada akaun Evernote anda daripada komputer atau peranti mudah alih tertentu. Sebagai contoh:

  • Telefon atau tablet anda hilang atau dicuri.
  • Anda menjual, memberi hadiah atau mendermakan komputer riba anda.
  • Anda mendaftar masuk ke Evernote pada komputer awam atau dikongsi.

Untuk membatalkan akses daripada peranti

  1. Masuk ke tetapan akaun anda.
  2. Pilih Aplikasi daripada menu untuk melihat semua peranti yang telah anda benarkan mengakses akaun anda.
  3. Klik Batalkan Akses bersebelahan setiap peranti yang ingin dibatalkan akses.

Setelah anda membatalkan akses ke akaun anda daripada peranti, peranti tersebut tidak lagi dapat menyegerakkan nota dan kata laluan akaun diperlukan untuk meneruskan penyegerakan.

Jika peranti anda hilang atau dicuri, tukar kata laluan akaun anda dan/atau tetapkan pengesahan dua langkah pada akaun anda untuk keselamatan tambahan.

LANGUAGES_PRODUCT

Kata kunci:

  • hilang
  • dicuri
  • alih keluar peranti
  • padam peranti
  • padam akses
  • lumpuhkan akses
  • lumpuhkan peranti
  • keselamatan