Sambungkan Evernote dengan akaun Gmail anda

Sambungkan Evernote dengan akaun Gmail anda
< Sebelumnya / Seterusnya >

Sambungkan Evernote dengan akaun Gmail anda

Evernote boleh disepadukan dengan kenalan Gmail anda untuk menjadikan perkongsian nota dan buku nota anda lebih mudah serta pantas.

Nota: Penyepaduan kenalan Gmail hanya tersedia semasa menggunakan Evernote Web.

Untuk mengkonfigurasi Evernote supaya berfungsi dengan akaun Gmail anda, ikut langkah ini:

  1. Masuk ke tetapan akaun anda.
  2. Pilih Perkhidmatan Bersambung daripada menu.
  3. Klik Sambung bersebelahan logo Google.
  4. Daftar masuk ke akaun Google anda di halaman log masuk Google.
  5. Selepas berjaya memasukkan kelayakan akaun Google, anda akan ditunjukkan dengan senarai aktiviti yang yang boleh dijalankan oleh Evernote (khususnya, "Urus kenalan anda").
  6. Mengklik Benarkan Akses akan membawa anda kembali ke skrin tetapan Evernote dan butang 'Sambung' kini akan digantikan dengan perkataan 'Bersambung'.

Selepas melengkapkan proses ini, Evernote akan mempunyai akses ke kenalan Gmail anda. Ini bermakna, apabila anda berkongsi nota atau buku nota, atau menjemput rakan untuk mencipta akaun Evernote menggunakan Evernote Web, anda boleh mula menaip alamat e-mel mereka dan Evernote akan melengkapkannya secara automatik berdasarkan kenalan Gmail yang sepadan.

LANGUAGES_PRODUCT