Batalkan akses kepada nota dikongsi

Batalkan akses kepada nota dikongsi
< Sebelumnya / Seterusnya >

Batalkan akses kepada nota dikongsi

Sekiranya anda memutuskan untuk berhenti berkongsi nota atau pautan (URL) awam kepada nota, hanya buka nota itu, kemudian lakukan langkah-langkah berikut:

  • Mac

    Evernote untuk Mac baharu

    1. Pilih nota dikongsi.
    2. Klik butang Kongsi berwarna hijau.
    3. Klik Berhenti Berkongsi untuk berhenti berkongsi dengan semua orang.
    4. Atau klik anak panah di sebelah Individu yang boleh mengakses dan menukar keizinan atau mengalih keluar akses untuk pengguna individu.


    Evernote untuk Mac versi lama

    1. Pilih Nota > Lagi Perkongsian > Berhenti Berkongsi Pautan Awam daripada bar menu untuk menyahdayakan pautan.
    2. Atau pilih Nota > Lagi Perkongsian > Urus Keizinan Nota... daripada bar menu, kemudian klik X bersebelahan nama yang ingin anda berhenti berkongsi nota.
  • Windows

    Evernote untuk Windows baharu

    1. Pilih nota dikongsi.
    2. Klik butang Kongsi berwarna hijau.
    3. Klik Berhenti Berkongsi untuk berhenti berkongsi dengan semua orang.
    4. Atau klik anak panah di sebelah Individu yang boleh mengakses dan menukar keizinan atau mengalih keluar akses untuk pengguna individu.


    Evernote untuk Windows versi lama

    1. Pilih Nota > Kongsi > Kongsi Nota... daripada bar menu, kemudian klik 'Matikan' di bahagian  'Pautan boleh dikongsi' untuk menyahdayakan pautan.
    2. Atau pilih Nota > Kongsi > Kongsi nota... daripada bar menu, kemudian klik anak panah ke bawah kecil di sebelah nama yang ingin anda berhenti berkongsi nota dan pilih Alih keluar akses....
  • iPhone, iPad dan iPod touch

    Evernote untuk iOS baharu

    1. Ketik butang Kongsi (bebayang dengan tanda tambah).
    2. Ketik butang togol di sebelah Pautan yang boleh dikongsi untuk menyahdayakan pautan. Dari sini anda juga boleh menukar keizinan untuk setiap orang.

    Versi lama Evernote untuk iOS

    1. Ketik butang kongsi (kotak dengan anak panah ke atas), kemudian ketik Berhenti berkongsi.
    2. Ketik butang maklumat (huruf 'i'), ketik Keizinan Nota, kemudian ketik Berhenti berkongsi dengan semua. Dari sini anda juga boleh menukar keizinan untuk setiap orang.
  • Android

    Evernote untuk Android baharu

    1. Ketik butang Kongsi (bebayang dengan tanda tambah).
    2. Ketik butang togol di sebelah Pautan yang boleh dikongsi untuk menyahdayakan pautan. Dari sini anda juga boleh menukar keizinan untuk setiap orang.

    Evernote untuk Android versi lama

    1. Ketik butang pilihan (tiga titik), kemudian ketik Lebih Banyak Perkongsian > Nyahdayakan Pautan.
    2. Ketik butang pilihan (tiga titik), pilih Keizinan nota, ketik nama orang yang anda kongsi, kemudian sesuaikan keizinan.
  • Web

    Evernote Web baharu

    1. Pilih nota dikongsi.
    2. Klik butang Kongsi berwarna hijau.
    3. Klik Berhenti Berkongsi untuk berhenti berkongsi dengan semua orang.
    4. Atau klik anak panah di sebelah Individu yang boleh mengakses dan menukar keizinan atau mengalih keluar akses untuk pengguna individu.


    Versi lama Evernote Web

    1. Pilih nota dikongsi.
    2. Klik anak panah ke bawah pada butang Kongsi.
    3. Pilih Pautan > Henti berkongsi nota untuk menghentikan perkongsian melalui pautan awam.

 

Setelah anda membatalkan semua akses kepada nota anda, nota itu menjadi peribadi semula dan semua pautan semasa ke nota itu tidak akan berfungsi lagi.

LANGUAGES_PRODUCT