Bertukar antara berbilang akaun dalam Evernote

Bertukar antara berbilang akaun dalam Evernote
< Sebelumnya / Seterusnya >

Bertukar antara berbilang akaun dalam Evernote

Jika anda memiliki berbilang akaun Evernote—misalnya melebihi satu akaun peribadi atau akaun peribadi dan akaun perniagaan—anda boleh  beralih antara akaun ini dengan mudah tanpa perlu mendaftar keluar dan mendaftar masuk semula setiap kali beralih akaun.

Apabila anda beralih daripada satu akaun ke akaun yang lain, skrin apl Evernote akan memuat semula dan memaparkan akaun lain dengan semua nota dan buku notanya.

Tambah dan beralih antara akaun

Untuk menambah dan beralih antara akaun akaun, ikut langkah untuk sistem pengendalian anda di bawah.

  • Mac

    1. Pergi ke Evernote > Tambah Akaun Lain... daripada bar menu.
    2. Daftar masuk ke akaun kedua anda.

    Beralih antara berbilang akaun dengan mengklik nama anda dengan anak panah ke bawah di penjuru kiri sebelah atas tetingkap apl.

    Nota: Anda boleh menambah satu akaun Basic dan sehingga empat akaun Premium atau Business bagi maksimum lima akaun.

  • Windows

    1. Pergi ke Fail > Tambah Pengguna Lain... daripada bar menu.
    2. Daftar masuk ke akaun kedua anda.

    Beralih antara akaun anda dengan pergi ke Fail dan pilih akaun  yang dikehendaki.

    Nota: Anda boleh menambah satu akaun Basic dan sehingga empat akaun Premium atau Business bagi maksimum lima akaun. Jika anda merupakan sebahagian daripada akaun Evernote Business yang telah dicipta sebelum 15 September 2017, anda akan melihat nota peribadi dan perniagaan anda dalam tab berasingan dalam tetingkap yang sama. Oleh itu, anda tidak perlu bertukar paparan untuk beralih antara nota peribadi dan perniagaan. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat: Cara beralih antara nota peribadi dan perniagaan

  • iPhone, iPad dan iPod touch

    Evernote untuk iOS baharu

    1. Ketik tiga garisan di penjuru kiri sebelah bawah untuk membuka menu.
    2. Ketik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas menu dan pilih Akaun.
    3. Ketik 'Tambah akaun', kemudian log masuk ke akaun kedua anda.

    Versi lama Evernote untuk iOS

    1. Pilih tab Akaun.
    2. Ketik Tetapan > Urus Akaun > Tambah Akaun Lain...
    3. Daftar masuk ke akaun kedua anda.

    Beralih antara akaun dalam tab Akaun atau dengan menekan lama pada butang tab Akaun.

    Nota: Anda hanya boleh menambah akaun kedua jika anda memiliki akaun Evernote Business yang telah dicipta pada atau selepas 15 September 2017. Anda tidak boleh menambah akaun peribadi kedua.

  • Android

    1. Buka menu navigasi (tiga bar).
    2. Ketik maklumat akaun anda di bahagian atas, kemudian ketik Tambah akaun perniagaan.
    3. Daftar masuk ke akaun kedua anda.

    Beralih antara akaun dengan mengetik akaun lain anda di bahagian atas kanan menu navigasi (tiga bar). Anda juga boleh mengetik butang anak panah bawah di bahagian kanan nama anda, kemudian ketik akaun lain anda apabila muncul dalam menu ke bawah.

    Nota: Anda hanya boleh menambah akaun kedua jika anda memiliki akaun Evernote Business yang telah dicipta pada atau selepas 15 September 2017. Anda tidak boleh menambah akaun peribadi kedua.

LANGUAGES_PRODUCT

Kata kunci:

  • berbilang akaun
  • tukar
  • tukar akaun
  • akaun