Petua mencari PDF yang diimbas

Petua mencari PDF yang diimbas
< Sebelumnya / Seterusnya >

Petua mencari PDF yang diimbas

Dengan Evernote, anda boleh mencari PDF yang dicipta daripada:

  • Microsoft Word, Adobe Acrobat atau aplikasi pemprosesan kata dan pejabat lain (Evernote Premium dan Business sahaja)
  • Dokumen diimbas

Apakah jenis PDF diimbas yang boleh dicari?

  • PDF diimbas dengan teks ditaip yang jelas (tulisan tangan tidak boleh dicari dalam PDF)
  • PDF yang belum mengandungi teks yang boleh anda pilih atau salin
  • PDF dengan sekurang-kurangnya satu halaman yang mengandungi imej kecil (1025 piksel data imej)
  • PDF kurang daripada 100 halaman
  • PDF bersaiz kurang daripada 25 MB
  • PDF yang tidak dilindungi kata laluan
  • PDF yang tidak rosak atau tidak boleh dibaca

Penyelesaian masalah: Jika PDF yang diimbas tidak muncul dalam hasil carian anda

  1. Segerakkan Evernote. Evernote boleh mengambil masa sehingga 4 jam untuk mengecam teks dalam PDF yang baru dilampirkan. Jika anda mengalami ralat penyegerakan, semak di sini untuk cadangan penyelesaian masalah. Nota: Jika anda bekerja dengan buku nota setempat, PDF dalam buku nota tersebut tidak disegerakkan dan tidak akan boleh dicari. Alihkan nota tersebut ke buku nota yang disegerakkan.
  2. Cari dalam Evernote untuk perkataan yang anda tahu berada dalam PDF diimbas. Jika perkataan tersebut tidak ditemui, fail tidak diindeks untuk carian.
  3. Buka PDF dalam Adobe Reader atau pemapar PDF anda dan cuba memilih teks dalam fail. Jika teks boleh dicari, ia sepatutnya akan muncul dalam carian Evernote. Jika teks tidak boleh dipilih, PDF anda mungkin imej yang diimbas dan anda memerlukan Evernote Premium untuk mengecam teks.
  4. Hubungi kami untuk mendapatkan bantuan tambahan.

LANGUAGES_SUPPORT LANGUAGES_INCLUDE=ms

Kata kunci:

  • ocr
  • pdf
  • imbas pdf
  • diimbas
  • pengecaman teks