Gunakan Work Chat

Gunakan Work Chat
< Sebelumnya / Seterusnya >

Gunakan Work Chat

Work Chat membolehkan anda menghantar mesej kepada pengguna Evernote lain dengan cepat dan mudah serta bekerjasama pada nota dan buku nota dikongsi. Work Chat tidak direka bentuk untuk menggantikan apl sembang yang lain.

Hantar mesej Work Chat

Untuk menghantar mesej menggunakan Work Chat, ikut langkah untuk sistem pengendalian anda di bawah.

  • Mac dan Windows

    Klik butangSembang Baharu pada bar alat Evernote.

  • iPhone, iPad dan iPod touch

    The new Evernote for iOS
    1. Ketik Work Chat daripada menu navigasi.
    2. Ketik butang Sembang Baharu (pensel dalam kotak).
    Older version of Evernote for iOS
    1. Ketik tab Akaun, kemudian ketik Work Chat.
    2. Ketik butang +.
  • Android

    1. Ketik Work Chat daripada menu navigasi.
    2. Ketik butang +.
  • Web

    1. Klik Work Chat daripada menu navigasi.
    2. Klik butang Sembang Baharu (pensel dalam kotak).

    Nota: Work Chat hanya tersedia dalam versi lama Evernote Web. Evernote Web baharu tidak menyokong Work Chat.

Jemput orang ke sembang

Anda boleh menambah berbilang peserta ke sembang. Disebabkan Work Chat bersifat peribadi untuk anda dan peserta sembang, setelah anda memulakan sembang, hanya peserta tersebut yang boleh melihat sembang ini. Jika anda memutuskan untuk menambah peserta baharu, sembang baharu akan dicipta. Untuk menjemput pengguna ke sembang baharu, anda hanya perlu memasukkan nama mereka dengan menaipnya atau memilih daripada senarai rakan sekerja yang dicadangkan. 

Anda juga boleh bersembang dengan orang ramai dalam senarai kenalan peribadi anda:

  • Kenalan Evernote terdahulu yang pernah bersembang atau berkongsi nota dengan anda
  • Rakan sekerja daripada akaun Evernote Business syarikat anda (Evernote Business sahaja)
  • Kenalan daripada buku alamat komputer atau peranti anda (tersedia pada Windows, Mac, Android dan iPhone, iPad dan iPod touch)
  • Kenalan Gmail (tersedia pada Windows, Web, Android dan iPhone, iPad serta iPod touch)
  • Kenalan Outlook  (Windows sahaja) 

Nota: Untuk memaparkan senarai penerima dan gambar profil mereka daripada senarai kenalan anda dalam Evernote; anda perlu memberikan keizinan kepada Evernote untuk mengakses senarai ini. Kenalan ini tidak disimpan pada pelayar Evernote.

Jemputan dan pemberitahuan Work Chat

Setelah menjemput seseorang ke sembang, mereka akan melihat menu timbul dan lencana Work Chat pada komputer atau peranti mereka untuk memaklumkan mereka. Jika penerima anda tidak mempunyai akaun Evernote, mereka akan menerima e-mel atau mesej SMS* yang memaklumkan mereka bahawa mereka telah menerima mesej Work Chat daripada anda. Mereka boleh memilih untuk mendaftar atau log masuk ke Evernote untuk melihat buku nota dikongsi dan bersembang dengan anda.

Anda tidak perlu risau sama ada nombor telefon atau alamat e-mel dikaitkan dengan akaun penerima sembang. Jika seseorang mempunyai akaun Evernote sedia ada, anda boleh menghantar mesej ke nombor telefon atau e-mel yang tidak dikaitkan dengan akaun tersebut, mereka boleh menambah butiran kenalan baharu kepada akaun sedia ada mereka, kemudian melihat mesej anda.

Nota: Ciri jemputan SMS tidak tersedia di semua negara.

Menerima jemputan

Setelah penerima menerima jemputan sembang, mereka akan melihat menu timbul pada skrin mereka setiap kami mesej sembang baharu dihantar. Pemberitahuan ini memaparkan nama pengirim, berserta beberapa perkataan atau barisan pertama mesej. Cara pemberitahuan ini muncul dan tempoh ia muncul pada skrin adalah berbeza. bergantung pada produk Evernote yang anda gunakan. 

Lihat atau teruskan sembang terdahulu

Pilih Work Chat daripada menu navigasi untuk melihat senarai Work Chat terdahulu yang telah anda sertai. Cari sembang sedia ada dan tambahkan mesej baharu pada sembang ini. Anda boleh memadam sembang, tetapi harap maklum bahawa setelah anda memadamnya, anda tidak lagi mempunyai akses kepada nota, atau sebarang rujukan kepada nota dikongsi.

Nota: Sebarang Work Chat yang anda padamkan hanya akan dipadam daripada akaun anda sendiri. Sembang tersebut masih boleh dilihat oleh peserta sembang lain.

LANGUAGES_PRODUCT

Kata kunci:

  • sembang
  • hantar sembang
  • hantar mesej