Cara menggunakan Work Chat untuk berkongsi dan bekerjasama

Cara menggunakan Work Chat untuk berkongsi dan bekerjasama
< Sebelumnya / Seterusnya >

Cara menggunakan Work Chat untuk berkongsi dan bekerjasama

Work Chat membenarkan anda bekerjasama dan berkongsi nota dan buku nota Evernote dengan pantas dan mudah. Work Chat bukanlah klien sembang lain dan tidak direka untuk menggantikan apl sembang yang lain. Gunakan Work Chat untuk menghantar mesej, nota, atau buku nota kepada sesiapa sahaja, sama ada penerima menggunakan Evernote atau tidak. Kongsi nota atau buku nota dalam sembang bersama orang lain untuk bertukar-tukar idea dan mendapatkan maklumat balas tentang perkara yang telah anda kongsi.

Kongsi nota individu

Tangkapan skrin nota dikongsi dalam Work Chat pada iOS

Jika anda melihat nota dan ingin berkongsi, hanya klik butang Kongsi untuk memaparkan tetingkap Work Chat. Taipkan alamat e-mel untuk semua orang yang ingin anda kongsi dalam medan alamat Work Chat, tetapkan keizinan untuk mengawal individu dan cara mereka melihat serta berinteraksi dengan nota anda dan klik 'Hantar' untuk berkongsi! 

Untuk berkongsi nota individu dalam Work Chat, ikut langkah ini:

  1. Pilih nota daripada senarai nota.
  2. Klik Kongsi (Mac dan Windows) atau ketik butang Kongsi (kotak dengan anak panah ke atas - iPhone, iPad dan iPad touch; tiga titik bersambung - Android).
    Nota: Dalam klien desktop, anda boleh meleret dan melepaskan nota secara terus daripada senarai nota ke dalam sembang. Dengan senarai nota dan tetingkap sembang yang terbuka, seret dan lepas nota di mana-mana tempat pada tetingkap sembang. Pilih anak panah yang dikembangkan untuk melihat pilihan perkongsian nota yang lain.
  3. Tetapkan tahap keizinan kepada 'Boleh edit dan jemput', 'Boleh jemput' atau 'Boleh lihat'.
  4. Pastikan terdapat sekurang-kurangnya seorang penerima, taipkan mesej, kemudian klik atau ketik Hantar.

Tetapkan tahap keizinan

Tangkapan skrin tahap keizinan Work Chat

Menggunakan Work Chat, anda boleh berkongsi nota individu dan menetapkan tahap keizinan dengan peserta dalam sembang:

  • Boleh edit dan jemput (lalai)
  • Boleh edit
  • Boleh lihat

Jika nota yang telah anda kongsi dengan seseorang dalam Work Chat tergolong dalam buku nota yang telah anda kongsi, mereka akan mengekalkan sebarang keizinan edit dan jemput buku nota yang telah anda berikan kepada mereka.

Adakah penerima nota dan buku nota dikongsi saya perlu memuat turun Evernote?

Salah faham terbesar tentang Work Chat adalah anda mungkin berasa risau sama ada individu yang anda kongsi memiliki Evernote. Setelah berkongsi nota atau buku nota dengan orang lain, mereka akan menerima e-mel dengan pautan untuk melihat nota dalam pelayar web. Seperti Google Docs atau alat kolaborasi lain, mereka perlu mendaftar masuk atau mencipta akaun Evernote sebelum mereka boleh melihat nota tersebut supaya kami boleh menguatkuasakan keizinan perkongsian anda. Walau bagaimanapun, pengguna tidak perlu memuat turun Evernote atau menggunakan Evernote sekali lagi. Jika mereka merupakan pengguna Evernote sedia ada, mereka boleh melihat Work Chat anda dalam apl Evernote mereka.

Lihat siapa yang melihat atau mengedit nota dikongsi

Jika anda telah berkongsi nota dengan orang lain (atau orang lain telah berkongsi nota dengan anda), anda dapat melihat individu lain yang melihat (atau sedang mengedit) nota tersebut pada masa-masa tertentu. Nama dan gambar profil (avatar) individu yang melihat atau mengedit nota akan muncul di bahagian atas editor nota.

Hantar mesej Work Chat

Untuk mencipta sembang baharu, cari dan pilih butang Work Chat pada komputer atau peranti mudah alih anda:

  • Mac dan Windows

    Klik butangSembang Baharu pada bar alat Evernote.

  • iPhone, iPad dan iPod touch

    Buka nota, ketik butang kongsi (kotak dengan anak panah ke atas), kemudian ketik Work Chat.

  • Android

    Pilih Work Chat daripada menu navigasi, kemudian ketik butang tambah berwarna biru (+).

  • Web

    Pilih Work Chatdaripada menu navigasi, kemudian klik Sembang Baharu.

    Nota: Hanya tersedia dalam versi lama Evernote Web. Evernote Web baharu tidak menyokong Work Chat.

Jemput orang ke sembang

Tangkapan skrin menambah penerima Work Chat

Anda boleh menambah berbilang peserta ke sembang. Disebabkan Work Chat adalah peribadi untuk anda dan peserta sembang, setelah anda memulakan sembang, hanya peserta tersebut yang boleh melihat sembang ini. Jika anda memutuskan untuk menambah peserta baharu, sembang baharu akan dicipta. Untuk menjemput pengguna ke sembang baharu, anda hanya perlu memasukkan nama mereka dengan menaipnya atau memilih daripada senarai rakan sekerja yang dicadangkan. 

Anda juga boleh bersembang dengan orang ramai dalam senarai kenalan peribadi anda:

  • Kenalan Evernote terdahulu yang pernah bersembang atau berkongsi nota dengan anda
  • Rakan sekerja daripada akaun Evernote Business syarikat anda (Evernote Business sahaja)
  • Kenalan daripada buku alamat komputer atau peranti anda (tersedia pada Windows, Mac, Android dan iPhone, iPad dan iPod touch)
  • Kenalan Gmail (tersedia pada Windows, Web, Android dan iPhone, iPad serta iPod touch)
  • Kenalan Outlook  (Windows sahaja) 

Anda juga boleh bersembang dengan orang ramai daripada senarai kenalan peribadi anda:

  • Kenalan Evernote terdahulu yang pernah bersembang atau berkongsi nota dengan anda
  • Rakan sekerja daripada akaun Evernote Business syarikat anda (Evernote Business sahaja)
  • Kenalan daripada buku alamat komputer atau peranti anda (tersedia pada Windows, Mac, Android dan iPhone, iPad dan iPod Touch)
  • Kenalan Outlook yang diimport  (Windows sahaja) 

Nota: Untuk memaparkan senarai penerima dan gambar profil mereka daripada senarai kenalan anda dalam Evernote; anda perlu memberikan keizinan kepada Evernote untuk mengakses senarai ini. Kenalan ini tidak disimpan pada pelayar Evernote.

Nota: Untuk memaparkan senarai penerima dan gambar profil mereka daripada senarai kenalan anda dalam Evernote; anda perlu memberikan keizinan kepada Evernote untuk mengaksesnya. Kenalan ini tidak disimpan pada pelayar Evernote.

Jemputan dan pemberitahuan Work Chat

Tangkapan skrin pemberitahuan Work Chat dalam Evernote Web

Setelah menjemput seseorang ke sembang, mereka akan melihat menu timbul dan lencana Work Chat pada komputer atau peranti mereka untuk memaklumkan mereka. Jika penerima anda tidak mempunyai akaun Evernote, mereka akan menerima e-mel atau mesej SMS* yang memaklumkan mereka bahawa mereka telah menerima mesej Work Chat daripada anda. Mereka boleh memilih untuk mendaftar atau log masuk ke Evernote untuk melihat buku nota dikongsi dan bersembang dengan anda.

Anda tidak perlu risau sama ada nombor telefon atau alamat e-mel dikaitkan dengan akaun penerima sembang. Jika seseorang mempunyai akaun Evernote sedia ada, anda boleh menghantar mesej ke nombor telefon atau e-mel yang tidak dikaitkan dengan akaun tersebut, mereka boleh menambah butiran kenalan baharu kepada akaun sedia ada mereka, kemudian melihat mesej anda.

*Nota: Ciri jemputan SMS tidak tersedia di semua negara.

Menerima jemputan

Setelah penerima menerima jemputan sembang, mereka akan melihat menu timbul pada skrin mereka setiap kami mesej sembang baharu dihantar. Pemberitahuan ini memaparkan nama pengirim, berserta beberapa perkataan atau barisan pertama mesej. Cara pemberitahuan ini muncul dan tempoh ia muncul pada skrin adalah berbeza. bergantung pada produk Evernote yang anda gunakan. 

Lihat atau teruskan sembang terdahulu

Pilih Work Chat daripada menu navigasi untuk melihat senarai Work Chat terdahulu yang telah anda sertai. Cari sembang sedia ada dan tambahkan mesej baharu pada sembang ini. Anda boleh memadam sembang, tetapi harap maklum bahawa setelah anda memadamnya, anda tidak lagi mempunyai akses kepada nota, atau sebarang rujukan kepada nota dikongsi.

Nota: Sebarang Work Chat yang anda padamkan hanya akan dipadam daripada akaun anda sendiri. Sembang tersebut masih boleh dilihat oleh peserta sembang lain.

LANGUAGES_SUPPORT LANGUAGES_INCLUDE=ms

Kata kunci:

  • kongsi nota
  • kongsi buku nota
  • sembang
  • edit dan jemput
  • keizinan
  • hantar sembang
  • hantar mesej
  • kongsi nota
  • berkongsi nota
  • lihat dan edit