Mula pantas untuk Work Chat

Mula pantas untuk Work Chat
< Sebelumnya / Seterusnya >

Mula pantas untuk Work Chat

Work Chat membolehkan anda berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang lain tentang kerja anda tanpa meninggalkan Evernote. Berkongsi nota, buku nota dan bertukar idea dengan sesiapa sahaja, sama ada mereka menggunakan Evernote atau tidak.

Setelah berkongsi nota dengan pasukan, anda dapat melihat siapa lagi yang melihat atau mengeditnya pada waktu tertentu dan memulakan perbincangan dengan mereka.

 

Mulakan Work Chat dalam 3 langkah:

Label langkah 1

Cipta Work Chat baharu

 
 
Tangkapan skrin ikon Work Chat pada iOS

Mulakan Work Chat dengan satu atau lebih orang.

1. Cari dan pilih butang Work Chat pada komputer atau peranti mudah alih anda:

  • Mac dan Windows

    Pilih Sembang Baharu daripada bar alat Evernote.

  • iPhone, iPad dan iPod touch

    Evernote untuk iOS baharu: Ketik tiga garis di penjuru kiri sebelah bawah untuk membuka menu, ketik Work Chat, kemudian ketik ikon pen dan kertas di bahagian kanan sebelah atas senarai bual.

    Evernote untuk iOS versi lama: Buka tab Akaun, ketik Work Chat, kemudian ketik butang tambah hijau (+).

  • Android

    Pilih Work Chat daripada menu navigasi, kemudian klik Sembang Baharu.

  • Web

    Pilih butang Work Chat (gelembung pertuturan dengan anak panah), kemudian klik butang Work Chat di bahagian kanan atas senarai sembang.

    Nota: Hanya tersedia dalam versi lama Evernote Web. Evernote Web baharu tidak menyokong Work Chat.

2. Masukkan e-mel satu atau lebih penerima, kemudian pilih atau ketikKirim.

 
 

Label langkah 2

Kongsi nota dalam Work Chat

 
 
Tangkapan skrin perkongsian dalam Work Chat

Untuk berkongsi nota individu dalam Work Chat:

  1. Pilih nota daripada senarai nota.
  2. Pilih Kongsi (Mac dan Windows) atau ketik butang Kongsi (Android dan iPhone, iPad dan iPod touch).
  3. Pilih Jemput seseorang (Evernote untuk iOS baharu) dan tetapkan tahap keizinan kepada 'Boleh mengedit dan menjemput', 'Boleh mengedit' atau 'Boleh melihat'.
  4. Pastikan terdapat sekurang-kurangnya seorang penerima, taipkan mesej, kemudian klik atau ketik Hantar.
 
 

Label langkah 3

Lihat siapa yang melihat nota kongsi anda

 
 
Kehadiran dalam Work Chat

Setelah berkongsi nota, anda dapat melihat jika sesiapa sedang melihat atau mengedit nota itu pada waktu tertentu.

 

LANGUAGES_PRODUCT

Kata kunci:

  • sembang
  • bekerjasama
  • edit dan jemput
  • kebenaran
  • hantar sembang
  • hantar mesej
  • kongsi nota
  • berkongsi nota
  • lihat dan edit
  • work chat