Sesuaikan pintasan papan kekunci

Sesuaikan pintasan papan kekunci
< Sebelumnya / Seterusnya >

Sesuaikan pintasan papan kekunci

Anda boleh menyesuaikan sebarang pintasan papan kekunci global untuk menjadi Evernote berfungsi lebih baik untuk anda. Jika anda mempunyai langganan Personal, Professional atau Teams, anda boleh menyesuaikan pintasan papan kekunci tambahan.

Pintasan papan kekunci global

Pintasan papan kekunci global membenarkan anda mencetuskan fungsi Evernote tertentu dengan menggunakan kombinasi kekunci unik pada papan kekunci anda, walaupun ketika Evernote berjalan di latar belakang. Buat masa ini, terdapat lima pintasan papan kekunci global yang boleh anda sesuaikan:

  • Tetingkap nota baharu
  • Tampalkan pada Evernote
  • Cari dalam Evernote
  • Buka Pembantu Evernote
  • Rakam skrin

Nota: Artikel ini hanya merujuk pada pintasan papan kekunci dalam Evernote baharu untuk Mac dan Evernote baharu untuk Windows, dalam versi 10.9 dan yang lebih baharu.

Sesuaikan pintasan anda

Untuk menyesuaikan pintasan anda, pergi ke Bantuan > Pintasan Papan Kekunci daripada bar menu, atau gunakan Cmd + / (Mac) atau Ctrl + / (Windows) pada papan kekunci anda. Panel Pintasan Papan Kekunci akan terbuka dari bahagian kanan aplikasi. Untuk menyesuaikan pintasan, klik dua kali pada pintasan dan taipkan kombinasi kekunci baharu. Ia akan disimpan secara automatik.

Panel Pintasan Papan Kekunci

Pulihkan lalai

Untuk memulihkan pintasan lalai, klik butang Lebih banyak tindakan (tiga titik) dalam panel Pintasan Papan Kekunci, kemudian klik Pulihkan lalai.

Soalan lazim

Adakah anda akan menambah lebih banyak pintasan boleh suai, atau membenarkan penyesuaian pada pintasan sedia ada lain?

Ya. Artikel ini menggariskan perkara yang tersedia buat masa ini untuk penyesuaian dan kami akan terus mengemas kininya apabila pilihan lain tersedia.

Mengapakah pintasan saya melakukan perkara yang berbeza daripada yang dijangkakan?

Kebanyakan aplikasi menawarkan pintasan papan kekunci global, oleh itu, anda perlu memastikan bahawa anda menggunakan kombinasi kekunci unik yang masih belum digunakan oleh aplikasi lain. Jika anda mendapati bahawa pintasan yang anda masukkan melancarkan aplikasi lain atau melaksanakan tindakan berbeza daripada yang anda jangkakan, anda perlu mengenal pasti konflik yang berlaku dan membetulkannya.

Mengapakah kombinasi kekunci yang saya inginkan tidak disimpan?

Terdapat beberapa sebab untuk situasi ini.

  • Anda mungkin telah memasukkan kombinasi kekunci yang telah digunakan. Dalam kes ini, anda akan melihat mesej ralat yang menandakan bahawa kombinasi kekunci pilihan anda telah digunakan oleh pintasan lain. Klik di mana-mana sahaja untuk menetapkan semula kepada lalai, kemudian cuba kombinasi kekunci yang baharu dan unik.
  • Anda mungkin telah memasukkan kombinasi kekunci yang tidak sah. Kombinasi kekunci mestilah mengandungi satu kekunci pengubahsuai (shift, cmd, ctrl, tab, option, kekunci win, dsb.) diikuti oleh satu kekunci bukan pengubahsuai (huruf, nombor, kekunci fungsi, dsb.).

Mengapakah saya tidak dapat menyesuaikan semua pintasan saya?

Semua pelanggan Evernote boleh menyesuaikan pintasan papan kekunci global. Pelanggan dengan langganan Personal, Professional atau Teams boleh menyesuaikan pintasan tambahan. Pintasan berkaitan editor, seperti salin (Cmd/Ctrl+C) dan tampal (Cmd/Ctrl+V) serta pintasan pemformatan teks, seperti fon tebal (Cmd/Ctrl+B) tidak boleh diedit.

LANGUAGES_PRODUCT